» » » "Sisatan samakan Najib Razak dengan 'Idi Amin' adalah kes kelapan libatkan Dr M"


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang disiasat atas jenayah fitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan ekoran mengeluarkan kenyataan yang menyamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan diktator Uganda, Idi Amin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian ketika diminta untuk memberikan butiran lanjut mengenai siasatan pihaknya terhadap Mahathir di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, awal hari ini.

"Kami sedang menyiasat beliau atas beberapa kes. Saya rasa ini adalah kes ke-8 yang kami siasat Tun (Mahathir).

"(Kes ini adalah di bawah) Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kenyataan beliau menamakan perdana menteri sebagai Idi Amin," kata Khalid pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Semasa berucap dalam pilihan raya kecil berkembar baru-baru ini, Mahathir telah membuat perbandingan dengan memanggil Najib sebagai 'Idi Amin Malaysia'.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .