» » » Kilang roti jenama High 5 milik Tabung Haji ditutup serta merta


Kilang roti jenama High 5 ditutup serta merta mulai hari ini tanpa sebarang makluman awal dan tiada pampasan serta baki gaji dilunaskan.

Jurucakap pekerja yang dibuang, Cik Jani berkata seramai 60 pekerja diberhentikan serta merta dengan bayaran saguhati setengah bulan gaji sahaja.

"Para pekerja diberikan notis satu bulan bermula 23hb.Jun,2016 tetapi diarahkan supaya tidak datang kerja lagi dari hari ini, 24hb.Jun,2016," katanya.

Pekerja katanya amat tidak berpuashati kerana hanya ditawarkan gaji 1/2 bulan tanpa apajua jaminan bahawa pampasan berhenti kerja dan baki gaji akan dibayar.

Menurutnya, Roti jenama High 5 ini adalah jenama syarikat Siverbird Group Berhad yang merupakan syarikat pelaburan Tabung Haji (TH).

"Ini bakal mengundang kontroversi kerana TH membeli saham-saham di dalam Siverbird Group yng kini telah gulung tikar dan mengalami kerugian RM90 juta," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .