» » » Kereta terbakar semasa mengisi minyak akibat bermain lighter (video CCTV disertakan)


Seorang kanak-kanak nyaris maut apabila melecur teruk di muka dan badan akibat disambar api ketika ibunya sedang mengisi minyak di Guchil, di sini semalam.

Sebelum kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam, kanak-kanak tersebut, Saifuddin Ismail, 7, dikatakan bermain dengan pemetik api di tempat penumpang belakang kereta.

Bapanya, Ismail Din berkata, api tiba-tiba menyambar kereta tersebut menyebabkan isterinya, panik dan terus menarik Saifuddin keluar dari kereta.

"Isteri saya turut melecur di bahagian tangan ketika menarik anak keluar dari kereta,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini namun dilaporkan stabil .



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .