» » Tips untuk selamat dalan cuaca panas menggila ini


Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini memaklumkan beberapa negeri di bahagian utara dan pantai timur Semenanjung telah mengalami keadaan cuaca lebih panas yang melebihi paras gelombang haba berikutan fenomena El Nino yang kuat.

Antara kawasan tersebut adalah Chuping, Perlis; Alor Setar, Kedah; Ipoh dan Lubuk Merbau, Perak; serta Batu Embun dan Temerloh, Pahang.

Beberapa kawasan di bahagian utara sebelum ini juga mencatatkan suhu tertinggi antaranya Chuping dengan bacaan paling tinggi iaitu 39 darjah Celsius, manakala Alor Setar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan 38.5 darjah Celsius, kesan daripada fenomena El Nino dan angin monsun timur laut yang dialami negara sejak Oktober tahun lalu.

Susulan keadaan cuaca panas dan kering yang dijangka berlanjutan sehingga hujung bulan ini di beberapa negeri khususnya bahagian utara, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Tangau dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti luar terutamanya bagi warga emas, kanak-kanak dan mereka yang sensitif kepada cuaca panas.

Terbaharu, seorang pelatih asas kepolisan (PLAK) Siri 1/2016, Konstabel Azizan Ayob, 23, meninggal dunia dipercayai akibat strok haba.

Bagi membantu rakyat Malaysia kekal sihat dan aktif dalam cuaca panas, berikut beberapa tips yang dikumpul oleh Malaysian Digest:

Individu yang paling berisiko dan lemah dalam haba yang melampau adalah:

- Warga tua terutamanya yang melebihi usia 75 tahun.

- Bayi dan kanak-kanak.

- Individu yang dalam keadaan kronik, terutamanya mereka yang mengalami masalah jantung dan pernafasan.

- Mereka yang mempunyai masalah pengerakan seperti penyakit strok dan parkinson.

- Mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan alkohol atau dadah, atau berada dalam pengaruh ubat-ubatan tertentu.

Tips:

- Elakkan berada di bawah cahaya matahari terutamanya antara jam 11 pagi hingga 3 petang, yang merupakan keadaan paling panas.

- Kurangkan aktiviti luar dan elakkan aktiviti berat ketika suhu di luar adalah tinggi.

- Kekal hidrat dengan minum air yang mencukupi dan sentiasa bawa air bersama anda setiap kali membuat perjalanan. Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan dehidrasi.

- Pakai pelindung kepala seperti guna payung atau memakai topi.

- Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk dan membantu meresap haba dan peluh. Elakkan memakai pakaian berlapis.

- Pakai cermin mata hitam untuk melindungi mata anda dari sinaran UVA & UVB yang berbahaya.

- Pakai pelindung matahari untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UVB ban sinar UVA.

- Sediakan minuman seperti air lemon, air beras, dadih dan lain-lain yang boleh membantu untuk mengembalikan hidrat ke dalam badan.

- Makan makanan yang menyejukkan seperti tembikai dan salad, tetapi elakkan memakan daging.

- Sebaiknya mandi dengan air yang suam dan tidak terlalu sejuk. Ini kerana mandi air sejuk akan membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba yang baru hilang.

- Tutup tingkap rumah anda menggunakan langsir berwarna gelap dan hanya buka untuk pengudaraan apabila keadaan persekitaran sejuk.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .