» » SPR tiada kuasa siasat perbelanjaan parti politik


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mene­gaskan badan itu tidak ada kuasa untuk menyiasat mana-mana parti politik yang didakwa kononnya telah berbelanja lebih dalam pilihan raya.

Sebaliknya, jelas suruhanjaya itu, kuasa pihaknya hanya melibatkan soal pencalonan calon yang bertanding dalam pilihan raya dan tempoh masa berkempen.

SPR dalam satu kenyataan menjelaskan, perjalanan sebuah parti berdaftar dalam urusan perbelanjaan adalah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan bukan di bawah perundangan pilihan raya.

Sehubungan itu, isu ditimbulkan oleh dua ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini yang mendakwa Barisan Nasional (BN) berbelanja lebih daripada had maksimum pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sebelum ini tidak wajar dikaitkan dengan SPR.

“Seperti yang disebut sebelum ini, sekiranya ia melibatkan parti, SPR tiada bidang kuasa untuk membuat sebarang siasatan. Kuasa SPR adalah terhadap calon yang bertanding dan juga dalam tempoh masa berkempen sahaja.

“Apa yang ditimbulkan oleh ahli parti terhadap perbelanjaan pilihan raya adalah urusan parti dan SPR tidak wajar dikaitkan kerana perjalanan sebuah parti dalam urusan perbelanjaan adalah di bawah Akta Pertubuhan dan sebagainya, bukan di bawah perundangan pilihan raya,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Pada Isnin lalu, dua Ahli Parlimen DAP, Ng Wei Aik (Tanjong) dan Teo Kok Seong (Rasah) membuat laporan kepada SPR mendakwa BN berbelanja lebih daripada had maksimum pada PRU-13 dan melanggar Seksyen 19 (1), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurut SPR, isu yang sama pernah ditimbulkan parti-parti lain sebelum ini, malah PKR juga mengheret SPR ke mahkamah mengenai isu itu dan keputusan Mahkamah Tinggi telah memihak kepada SPR.

“Tiada kesalahan dari segi undang-undang pilihan raya oleh SPR dalam pengendalian PRU-13. Peti­syen pilihan raya juga sudah difailkan oleh calon yang bertanding dan sudah diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

“Proses perundangan berkaitan pilihan raya sudah pun dilalui sepenuhnya oleh SPR dan pihak berkepentingan juga sudah mendapat keadilan sepenuhnya di Mahkamah Pilihan Raya,” katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .