Durian begitu popular di rantau ini, namun Pizza Hut China telah mengeluarkan topping pizza terbaru mereka yang menggunakan durian.
Seorang jurucakap Yum Brands, iaitu syarikat induk Pizza Hut China memberitahu laman blog China Real Time milik Wall Street Journal, mereka mula menguji pizza durian di wilayah Guangdong pada tahun lepas, sebelum melancarkan ia di beberapa bandar China yang lain.
Beliau berkata pizza ini mendapat reaksi positif daripada pelanggan kerana rasa durian itu tidak terlalu kuat apabila dicampur dengan keju dan adunan pizza.
Sementara itu, 10 wartawan dan pengarang Wall Street Journal di China turut mencuba pizza tersebut.
Emapt berkata ia amat sedap, tiga wartawan langsung tidak menyukai pizza durian tersebut dan tiga anggap pizza itu sebagai “menarik.”
Menurut laporan China Real Time, Pizza Hut China bukan yang pertama untuk mencuba kombinasi ini.
Pada 2013, sebuah kafe di Shanghai menjual pizza durian dan Berjaya menjual lebih kurang 70 pizza sehari.
No comments: