» » » Peneroka di Kuantan berdemo depan Parlimen desak perlombongan bauksit dibuka semula segera


“Kami mahu perlombongan bauksit diteruskan sebab kami sudah tidak ada pendapatan lagi sejak ia dihentikan. Jadi kami gesa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob supaya tidak berdiam diri dalam hal ini dan minta diselesaikan secepat mungkin.”

Itu luahan kira-kira 400 peneroka Felda di Kuantan yang berkumpul di luar bangunan Parlimen petang tadi untuk menyerahkan memorandum bantahan agar perlombongan bauksit tidak dihentikan.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pengusaha Mineral Negeri Pahang (PPNMP), Ahmad Fauzi Hassan ketika ditemui berkata, kerajaan negeri dan pusat perlu memikirkan nasib semua peneroka Felda setelah perlombongan bauksit dihentikan sejak tiga bulan lalu.

“Kami sudah tidak ada pendapatan lagi sebab semua pokok kelapa sawit yang ditanam telah pun dimusnahkan. Kenapa ia dihentikan sedangkan kami semua telah mengikut Piawaian Standard yang ditetapkan?” katanya.

Jelasnya, kerajaan sepatutnya mengkaji masalah yang mereka hadapi sebelum membuat apa-apa tindakan.

“Bila kami sudah tidak ada pendapatan, adakah kerajaan negeri dan pusat tahu masalah yang kami tanggung? Hari ini sudah tiga bulan lebih kami tidak buat apa-apa sebab tiada lagi hasil kelapa sawit yang boleh dikeluarkan. Kami mohon agar perlombongan bauksit ini diteruskan dan kami akan pastikan kejadian sebelum ini seperti pencemaran alam sekitar tidak akan berulang lagi,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Kementerian Alam Sekitar, Mohd. Nazif Jamaluddin.

Pada awal tahun ini, Kabinet telah memutuskan untuk mengenakan moratorium ke atas aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Januari 2016.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri Pahang dan kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan moratorium tersebut.

Dalam tempoh tersebut, kerajaan negeri dan NRE akan mengadakan sesi engagement dengan semua pihak yang terlibat terutama pengusaha dan pengeksport terbabit bagi membolehkan mereka menguruskan stokpil sedia ada untuk mengelak timbul masalah pencemaran pada musim tengkujuh.

Kementerian yang sama akan menyelaras tindakan untuk menambahbaik peraturan dan syarat perlombongan serta pengeksportan bauksit.

Perlombongan bauksit di Kuantan dimulakan pada awal tahun 2013 dan pengeluarannya meningkat secara mendadak mulai pertengahan 2014 disebab akses mudak ke pelabuhan, kos pengangkutan murah dan harga yang atainggi. Ia juga disokong faktor permintaan tinggi dari China serta larangan eksport oleh Indonesia mulai Januari 2014 di samping kenaikan harga bauksit di India.

Pengeksportan bauksit di Kuantan telah menyumbang hasil kepada kerajaan negeri melalui kutipan royalti iaitu pada 2015, sebanyak RM46.7 juta berjaya dikutip berbanding RM2.4 juta pada tahun 2014. B

Berikutan berlakunya insiden laut ‘berdarah’ pada Mei dan Disember 2015, kualiti air di beberapa sungai yang menerima kesan langsung air larian dan wash-out daripada kawasan stok pil bauksit dari kawasan pelabuhan Kuantan telah dipantau.

Akibat pencemaran tersebut, kerajaan negeri dan pihak kementerian telah mengambil langkah bagi menangani masalah tersebut termasuk mengadakan kerjasama dengan semua pihak.

Buat masa ini, semua lesen import telah dibekukan serta merta malah sekiranya pihak pengusaha gagal mematuhi syarat moratorium, lesen yang mereka milik juga akan dibatalkan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .