» » Ingatkan SPRM supaya siasat sekali Najib Razak yang terlibat dengan rasuah lebih besar dibandingkan dengan tuduhan pada Guan Eng


Pemimpin Pakatan Harapan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tetapi turut mengingatkan suruhanjaya itu tentang skandal yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Parlimen DAP yang juga bapa Guan Eng, Lim Kit Siang berkata, SPRM mesti menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Jika ada sebarang aduan salah guna kuasa, buka (siasatan). Tetapi kita juga mahu siasatan dibuka dalam sebarang aduan terhadap Umno dan BN.

"Setakat ini, kita tidak melihat apa-apa mengenainya. Masalahnya ialah skandal mega berkembar Najib, sama ada 1MDB atau sumbangan. Tidak ada hasil," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur malam tadi.

Kit Siang kelihatan seperti tidak sedar mengenai siasatan itu sehingga diberitahu oleh pemberita selepas sesi sulung Kuliah Lim Kit Siang malam tadi, yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 Kit Siang dalam politik, dan ulang tahun ke-50 DAP.

Sebelum itu pada sebelah petangnya, SPRM Pulau Pinang berkata ia telah menerima aduan berhubung pembelian rumah banglo Guan Eng dan suruhanjaya itu menjanjikan penyiasatan yang adil.

Ini berikutan dakwaan hari sebelumnya oleh MP Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, yang mendakwa bahawa rumah itu dibeli Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran sebanyak RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP, menafikan sebarang salah laku, dan menegaskan bahawa pembelian itu adalah 'transaksi selengan' pada sanggup pembeli dan asas sanggup penjual.

'Pendakwaan terpilih'

Sementara itu, ketika ditemui di majlis yang sama, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa siasatan terhadap Guan Eng itu sebagai pendakwaan terpilih.

"Apabila kita buat laporan, tiada apa yang berlaku," katanya sambil menambah dalam kes ini, terus ada siasatan, membuat ia kelihatan seperti pendakwaan terpilih.

Bagi Presiden Amanah Mohamad Sabu pula, beliau berkata seharusnya tidak ada dwi-standard dalam siasatan SPRM.

"SPRM bebas untuk menyiasat sesiapa sahaja, dan dakwa jika ada kes. Tidak kira siapa.

"(Ingatlah untuk) siasat Najib. Dakwa beliau, "katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu bahawa beliau telah disoal siasat oleh polis awal semalam berhubung dakwaan bahawa Yang di-Pertuan Agong membaca ucapan yang disediakan oleh kerajaan dalam titah ucapan kepada Parlimen.

Katanya, beliau terkejut entah bagaimana beliau terbabit dalam siasatan yang sedang dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948.

"Saya tidak tahu kepala ekornya, tetapi saya telah diinterviu tadi [...]

"Oleh kerana saya memberitahu polis bahawa saya memilih untuk tidak menjawab soalan, oleh itu saya juga memilih untuk tidak menjawab soalan dari (anda) pemberita," katanya..



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .