» » Terkejut PAC akhiri prosiding 1MDB selepas 2 saksi dipanggil berkaitan siasatan skandal RM2.6 bilion Najib Razak dan 1MDB


Keputusan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengakhiri siasatan ke atas syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas memanggil 2 lagi saksi bulan ini mengejutkan ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Beliau yang juga ahli PAC itu berkata hari ini, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ini.

"Saya terkejut dengan pengumuman Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin kepada media," katanya merujuk laporan berita yang PAC akan memanggil 2 saksi terakhir pada 11 dan 12 Februari.

Pua mengakui, memang dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas untuk memanggil Shahrol dan Bakke pada tarikh itu.

"Bagaimanapun, tidak pernah diputuskan tidak akan ada lagi saksi yang dipanggil sebagai sebahagian daripada siasatan PAC ke dalam skandal 1MDB," kata Pua dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, terdapat beberapa pihak lain yang dianggap "amat relevan dengan siasatan" dan perlu disoal kerana "pengetahuan mendalam" mereka mengenai aktiviti yang dijalankan 1MDB.

"Mereka yang harus dipanggil termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman," katanya.

Beliau berkata, penting bagi PAC mendengar secara langsung daripada Zeti dan pegawai Bank Negara lain kerana bank pusat itu membatalkan 3 kebenaran yang diberikan kepada 1MDB untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion.

Sementara itu, keterangan Hazem juga penting kerana beliau merupakan CEO 1MDB dari Mac 2013 hingga Januari 2015.

"Semasa pentadbirannya, bon bernilai AS$3 bilion diterbitkan melalui Goldman Sachs untuk usaha sama dengan Aabar Investment PJS milik Abu Dhabi pada Mac 2013.

"Bagaimanapun, usaha sama itu tidak menjadi, separuh daripada hasil bon yang diterbitkan digunakan dan bakinya dilaburkan dalam dana pelaburan yang tidak didedahkan di luar negara," katanya.

Selain itu, beliau berkata Hazem didakwa bertanggungjawab ke atas pembelian tanah bermasalah di Pulau Pinang berharga RM1.2 bilion dan kegagalan tawaran awam permulaan (IPO) cabang tenaga 1MDB.

Pua menambah, di bawah bekas pengerusi Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini, PAC juga secara rasmi meminta Kementerian Kewangan memastikan kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho dan Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .