Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik balik produk mi segera Maggi di pasaran kerana kononnya tidak selamat dimakan yang menjadi viral di laman siber
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu tidak benar dan adalah cerita lama di luar negara yang dihebohkan semula
"Itu adalah cerita lama yang berlaku di India, bukannya di Malaysia," katanya menerusi menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, sebentar tadi
Beliau diminta mengulas penyebaran kenyataan di laman siber kononnya kerajaan Malaysia mengeluarkan nasihat kepada Nestle Malaysia untuk menarik balik semua produk mi segera Maggi dari pasaran kerana tidak selamat dimakan
Kenyataan itu mendakwa produk berkenaan mengandungi banyak plumbum yang membahayakan kesihatan pengguna dan arahan penarikan balik Maggi itu kononnya boleh diikuti menerusi berita TV9 pada jam 8 malam ini.
No comments: