» » 2 individu kes lombong pasir haram di Putrajaya dibebas



Dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana cuba memberi suapan kepada pegawai SPRM dibebaskan hari ini.

Menurut jurucakap SPRM, kedua-dua lelaki dalam lingkungan 30-an dan 50-an itu dibebaskan kira-kira jam 2 petang setelah SPRM selesai mengambil keterangan.

SPRM semalam menahan kedua-dua individu terbabit yang cuba memberi suapan kepada pegawai SPRM ketika satu operasi bersepadu di kawasan kegiatan perlombongan pasir haram di sekitar Putrajaya.

Operasi bersepadu oleh SPRM dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Putrajaya yang dijalankan itu juga mendapati aktiviti haram itu bermula sejak 2013.

Kegiatan berkenaan juga dikatakan dilindungi kumpulan samseng upahan bagi mengugut penguatkuasa terutama pegawai dan anggota PTG yang cuba untuk mengambil tindakan ke atas mereka.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .