» » Sultan Johor lawat mangsa banjir di Segamat dan turut memasak untuk mereka


Kehadiran Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar di pusat pemindahan banjir di Segamat hari ini membawa keceriaan kepada 25 mangsa banjir daripada 5 keluarga yang berteduh di situ.

Baginda yang diiringi Pegawai Daerah Segamat Ahmad Ma'in dan ketua jabatan di daerah ini tiba di Segamat pada 9.45 pagi.

Dalam lawatan singkat itu, baginda sempat beramah mesra dengan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan itu sejak tengah hari Sabtu lalu.


Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan itu.

Warga emas, Absah Dol yang ditemui berkata kehadiran baginda melawat mangsa banjir menceriakan mereka.

"Makcik rasa gembira bila dapat bersalam dengan baginda. Sumbangan yang diberikan baginda sedikit sebanyak membantu kami sekeluarga.

"Terima kasih kepada Sultan Ibrahim kerana peka dengan kesusahan dan kepayahan yang terpaksa kami alami," katanya yang berada 3 hari di pusat pemindahan itu.

Sementara itu, pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Gemereh, Raja Noraisyah Raja Sahrin, juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan beg sekolah dan barang keperluan lain kepadanya.

"Sumbangan yang diberikan baginda membakar semangat saya untuk ke sekolah esok selepas patah semangat untuk memulakan persekolahan sesi 2016, " katanya yang mengambil cuti hari ini.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .