» » Peguam Negara dakwa tidak campurtangan dalam siasatan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak


Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengulangi kenyataannya bahawa tidak ada campur tangan dalam siasatan 1MDB.

Ditanya mengenai kebimbangan Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru terhadap kebebasan siasatan ke atas syarikat pelaburan negara itu berikutan dakwaan gangguan dan campur tangan ke atas badan penyiasat, Apandi berkata apa yang dinyatakan itu bukan berasaskan fakta.

"Ia berdasarkan fakta-fakta salah. Pertama, tidak pernah ada sebarang campur tangan dalam siasatan 1MDB.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia disiasat berikutan kebocoran maklumat. Ia disiasat kerana terdapat aduan kebocoran itu dan bukannya bagi menghalang SPRM daripada menyiasat.

"Di sini terdapat percanggahan fakta. Saya sedar polis mahu menyiasat mengenai kebocoran maklumat itu dan atas sebab itu mereka datang," kata Apandi.

Menurutnya, rakyat tidak boleh mentafsirkan perkembangan itu sebagai gangguan dan beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai perkara berkenaan.

Peguam Negara juga berkata tiada tarikh akhir yang ditetapkan bagi beliau membuat keputusan berhubung tiga kertas siasatan yang diserahkan oleh SPRM ke pejabatnya pada 31 Disember lalu.

"Saya akan kaji. Jangan lupa, mereka mengumpul bukti daripada lebih 100 orang saksi. Saya perlu melihat bukti-bukti itu dan menelitinya secara mendalam,” kata Apandi.





About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .