» » Peguam negara dakwa perlu lebih masa untuk kaji hasil siasatan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak


Peguam Negara Mohamed Tan Sri Apandi Ali hari ini berkata beliau perlukan masa untuk meneliti dua kertas siasatan terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan satu lagi mengenai sumbangan RM2.6 bilion politik yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kedua-dua laporan siasatan itu dihantar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir tahun lalu.

"Saya perlukan masa," kata Apandi ketika dihubungi Malaysiakini.

Apabila diajukan soalan sama ada Jabatan Peguam Negara akan dapat membuat keputusan mengenai kertas siasatan terhadap derma Najib yang menurut SPRM adalah 'tidak lengkap', beliau hanya mengulangi jawapannya.

"Saya telah katakan bahawa saya perlu masa."

Apandi enggan menjawab soalan berhubung sama ada Jabatan Peguam Negara akan menetapkan sebarang tarikh akhir untuk sebarang tindakan.

Dalam temu bual telefon dengan Malaysiakini Selasa lalu, Apandi berkata beliau menghormati undang-undang dan hanya akan melihat kes itu dari aspek undang-undang.

Beliau kemudian berikrar akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara mengambil kira-kira sebulan untuk membuat keputusan berhubung kertas siasatan yang dikemukakan oleh Bank Negara Malaysia berhubung dakwaan salah guna dana 1MDB.

Dalam surat bertarikh 11 September 2015, bank pusat itu mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara supaya mengambil tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian tetapi sebaliknya kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara.

Dalam satu lagi surat bertarikh 1 Oktober lau, bank pusat meminta Pejabat Peguam Negara mengkaji semula keputusan untuk tidak bertindak berhubung isu 1MDB itu.

Bagaimanapun, tujuh hari kemudian, Apandi dalam satu sidang akhbar mengumumkan bahawa pejabatnya telah membersihkan 1MDB daripada sebarang salah laku.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .