» » Orang ramai dinasihatkan jangan duduk di luar rumah jika tiada keperluan kerana bakal terdedah dengan risiko dehidrasi dan strok haba


Cuaca panas dan kering yang berpanjangan boleh menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

"Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga," katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai penjagaan kesihatan ketika cuaca panas dan kering.

Beliau berkata musim kering berpanjangan boleh menyebabkan beberapa masalah seperti krisis bekalan air, cuaca panas, kebakaran hutan dan jerebu dan berisiko menimbulkan beberapa penyakit berkaitan masalah tersebut.

Antara penyakit berkaitan ialah kejadian penyakit bawaan air dan makanan, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan penyakit berkaitan jerebu iaitu jangkitan pada saluran atas pernafasan (URTI), asma dan konjunktivitis.

"Kanak-kanak dan warga emas adalah antara mereka yang paling berisiko mendapat penyakit ini," katanya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas dan kering yang dijangka berlanjutan sehingga Mac depan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .