» » Najib Razak umum ubah suai Bajet 2016 bukan kerana sebab gagal tadbir ekonomi Malaysia dengan baik


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan akan melakukan pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 dalam masa terdekat susulan senario ekonomi global yang tidak menentu dan kejatuhan harga minyak mentah yang memberi kesan kepada hasil negara.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, ia perlu dilakukan supaya ia lebih realistik dan bertepatan dengan situasi ekonomi semasa yang tidak menentu.

"Saya bercadang untuk bentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 daripada beberapa segi dan aspek yang perlu kita lakukan 'recalibration' supaya lebih realistik dan tepat bajet kita dengan keadaan ekonomi semasa.

"Saya juga akan huraikan langkah tambahan apa yang kita perlu lakukan dan penegasan baharu untuk bagaimana kita hadapi keadaan ini.

"Dalam pada itu, kita juga perlu memastikan matlamat utama kita iaitu kesejahteraan rakyat diutamakan," kata Najib pada satu perhimpunan khas dengan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.

Semasa pembentangan Bajet 2016 pada Oktober lepas, pendapatan negara diunjurkan berasaskan harga minyak mentah AS$48 setong tetapi harga minyak kini jatuh bawah paras AS$33 setong.

"Perkara ini amat membimbangkan termasuk kesan kepada negara kita ekoran unjuran pertumbuhan ekonomi pada 2016 adalah berdasarkan harga purata Brent sebanyak AS$48 setong," kata Najib merujuk kepada kejatuhan harga minyak mentah baru-baru ini.

Tahun lalu, negara mencatat pertumbuhan ekonomi positif dalam tempoh 9 bulan pertama 2015 dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.1%.

Namun, Najib menjangka keadaan lebih mencabar akan dihadapi negara pada 2016 dan menyatakan kebimbangan perkembangan semasa keadaan ekonomi China yang tidak menentu akan memberi kesan tidak langsung kepada negara.

"Sungguhpun demikian, kita dapat meramalkan 2016 merupakan tahun yang lebih mencabar terutamanya berikutan kelembapan ekonomi negara China yang merupakan ekonomi ke-2 terbesar dunia dan rakan dagangan terbesar negara kita.

"Semalam kita lihat trading di Shanghai Exchange digantung," katanya

Selain itu, kadar faedah Sistem Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat juga akan memberi kesan kepada keadaan ekonomi negara, kata Najib.

Dalam menghadapi cabaran tersebut, Najib menggesa supaya tindakan lebih responsif diambil bagi memastikan sumber negara dioptimumkan dan dikendalikan dengan cekap.

"Justeru, dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk 2016, tindakan lebih responsif dan tegas perlu diberi perhatian bukan sahaja oleh Kementerian Kewangan tetapi juga kerajaan, GLC dan rakyat keseluruhannya.

"Tahun ini merupakan tahun yang begitu mencabar dan kita perlu menguruskan sumber dengan cekap dan mencapai tahap optimum. Kita perlu bersiap sedia dan memikirkan cara terbaik memastikan keadaan ekonomi kita mampan," katanya.

Najib juga menyasarkan ekonomi negara tumbuh antara 4% dan 5% dan kadar inflasi berada pada paras rendah.

"Kita menyasarkan ekonomi Malaysia kekal stabil pada 2016. Pada masa ini unjuran kita antara 4% hingga 5%. Inflasi dijangka kekal rendah diunjur berada dalam lingkungan 2% hingga 3%.

"Kerajaan kekal komited mengurangkan defisit fiskal kepada 3.1% daripada KDNK pada 2016, manakala tahap hutang kerajaan persekutuan dijangka kekal terkawal dalam had berhemat 55% daripada KDNK," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .