» » Najib Razak sepatutnya arahkan 1MDB bayar kembali geran kerajaan berjumlah RM1.1 bilion untuk bayar bisiswa JPA


Putrajaya digesa menggunakan geran RM1.1 bilion yang diberikan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk membiayai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Mengulas laporan mengenai langkah kerajaan menggantung biasiswa JPA disebabkan pendapatan negara yang merosot, Rafizi berkata 1MDB tidak sepatutnya menggunakan dana awam yang semakin berkurangan untuk membiayai projeknya.

"Saya gesa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan 1MDB membayar kembali geran kerajaan persekutuan yang berjumlah RM1.1 bilion yang diambilnya bagi kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan tentera bersabit bandar Malaysia.

"Projek tersebut adalah tanggungjawab 1MDB dan tidak sewajarnya melibatkan dana rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita mengenai tindakan kerajaan itu pertama kali dilaporkan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily semalam.

Ia memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong berkata, kerajaan akan menggantung biasiswa JPA tahun ini disebabkan kemerosotan pendapatan negara akibat harga minyak yang rendah.

Rafizi berkata, kerajaan sebenarnya memotong peruntukan biasiswa dan pendidikan sejak 2015, termasuk yang disediakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada pelajar.

"Pendekatan yang diambil Najib dalam semakan Bajet 2016 ini adalah jelas, beliau memotong perbelanjaan rakyat terlebih dulu sebelum perbelanjaan atau projek yang melibatkan kepentingan kroni," kata Rafizi.

"Contohnya, saya berminat untuk mengetahui sama ada kerajaan akan meneruskan pemberian pinjaman mudah (soft loan) kepada syarikat yang dianugerahkan konsesi pembinaan lebuh raya."

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .