Presiden Majlis Peguam Malaysia Steven Thiru hari ini menuntut serangan ke atas institusi-institusi utama yang menyiasat skandal 1MDB dihentikan dan menggesa mereka meneruskan siasatan tanpa gangguan.
Thiru, dengan tegas berkata tahun 2015 menyaksikan cabaran yang dihadapi oleh beberapa institusi yang menyiasat dana milik negara itu.
"Kita menyaksikan pemindahan secara tiba-tiba pegawai, tangkapan dan penahanan pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Ini merupakan satu tindakansubversif bagi pentadbiran keadilan.
"Kita menggesa institusi awam dibenarkan untuk bebas dan tidak tunduk di bawah tekanan. Terdapat peningkatan kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan menutup," katanya ketika berucap di majlis pembukaan tahun perundangan 2016 hari ini.
Beliau menegaskan bahawa mereka yang bertanggungjawab atas salah laku perlu dibawa ke muka pengadilan. Jika tidak, beliau memberi amaran ia akan membawa kepada krisis teruk keyakinan.
Thiru berkata siasatan tertumpu kepada dana yang masuk ke akaun bank peribadi Perdana Menteri.
No comments: