» » Isteri yang potong 'anu' suami dakwa masih sayang suaminya



Wanita yang dikatakan memotong kemaluan suaminya dalam kejadian awal pagi semalam di Jempol, Negeri Sembilan hari ini mengaku masih sayangkan suaminya.

Bagaimanapun, alat sulit suaminya itu masih belum jelas sama ada masih berfungsi atau tidak, kata Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Noorzainy Mohd Noor, lapor Sinar Online.

Noorzainy juga dilaporkan berkata, keadaan mangsa stabil dan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam di badan suspek 51 tahun itu.

Dia ditahan reman bermula semalam sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

Portal itu semalam melaporkan, akibat berang dengan perangai selalu mendesak untuk melakukan hubungan seks secara kasar, wanita itu nekad memotong kemaluan suaminya ketika tidur.

Mangsa, warganegara Pakistan 44 tahun itu mengalami pendarahan selepas kemaluannya dipotong dengan mata pisau cukur.

Noorzainy semalam berkata, sebelum kejadian, berlaku pertelingkahan pasangan itu sehingga si isteri dipukul kerana enggan mengikut kemahuan suami.

Selepas insiden itu pula, lelaki itu, menurut polis, menuju ke balai polis Batu Kikir untuk meminta bantuan dan kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

untuk menyambung semula kemaluan.

Kedua-dua pihak membuat laporan polis dan pihaknya telah merakam percakapan mereka untuk tindakan susulan.

Kes disiasat mengikut Sesyen 326 Kanun Keseksaan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .