» » Harga minyak masak di Malaysia buat masa ini kekal walaupun subsidinya berkurangan


Kerajaan akan terus menyediakan subsidi untuk minyak masak pada tahun depan, walaupun jumlah yang diberikan dijangka berkurangan.

Mekanisme baharu untuk subsidi minyak masak akan diumumkan kerajaan seawal minggu ini.

Nanyang Siangpau melaporkan, pengilang-pengilang minyak masak utama telah menerima surat daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi seawal dua minggu lalu memaklumkan subsidi minyak masak dikekalkan.

"Surat tersebut bagaimanapun tidak menyatakan peruntukan yang diberikan untuk subsidi minyak masak," kata seorang pengilang kepada akhbar itu.

Walaupun pengilang mengasak untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai subsidi minyak masak, tetapi pegawai kerajaan berkenaan gagal menyediakan jawapan.

"Kami difahamkan bahawa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi masih berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai isu subsidi ini," katanya.

Difahamkan persatuan yang mewakili pengilang minyak masak juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam masa terdekat untuk membincangkan perihal mengenai subsidi.

Pengilang antaranya akan meminta kerajaan memberi tempoh kelonggaran sebanyak tiga bulan jika harga minyak masak diselaraskan. Tempoh tersebut diperlukan untuk menghabiskan stok pembungkus minyak masak yang sudah dicetak harga lama.

Khabar angin mengenai pemansuhan subsidi untuk minyak masak telah timbul kebelakangan ini. Pengurangan subsidi untuk barang keperluan harian itu dikhuatiri akan menyebabkan harga makanan di pasaran meningkat.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .