» » Gadis 14 tahun yang mendakwa dirinya diculik sebelum ini sebenarnya ingin berfoya-foya dan bebas dengan teman lelaki beliau


Hendak hidup bebas. Itulah tujuan Nur Amirah Atirah Abdul Majid membuat panggilan telefon kepada ibunya, Asmah Mamai, 33, mendakwa dia diculik dan dibawa menaiki sebuah van berwarna putih di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, dalam kejadian 'culik' Ahad lalu.

Gadis berusia 14 tahun itu bagaimanapun ditemui selamat kira-kira jam 10 malam tadi di sebuah stesen minyak di Kampung Kanchong Darat, Banting.

Ketika ditemui sepasukan anggota polis yang ditubuhkan khas bagi menyiasat kes itu Selasa lalu, Nur Amirah Atirah bersama dengan seorang lelaki Cina berusia 19 tahun, dipercayai teman lelaki yang baru dikenalinya seminggu lalu dan seorang kanak-kanak perempuan Melayu berusia enam tahun.

Menurut Polis Selangor, hasil siasatan teknikal dan kajian ke atas talian mangsa, pihaknya berjaya mengesan identiti suspek serta talian telefon yang digunakan gadis itu.

Katanya, ketika disoal siasat, Nur Amirah Atirah mengaku tidak diculik dan sengaja mereka cerita kepada ibunya menerusi talian telefon mendakwa dirinya telah diculik.

“Budak ini membuat panggilan kepada ibunya mengatakan dia diculik dan mengaku lelaki Cina bersamanya itu adalah teman lelaki yang dikenalinya seminggu lalu.

“Sepanjang tempoh hilang itu, dia mengaku tinggal bersama bapa angkatnya bernama Nizam di Sungai Emas dan dia berbuat demikian kerana hendak hidup bebas,” kata sumber polis itu.

Nur Amirah Atirah tidak lagi bersekolah dan bekerja di sebuah kedai makan di Bandar Baru Sultan Sulaiman turut membuat pengakuan yang dia tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan.

Pada 27 Disember lalu, kira-kira jam 2.30 petang, Asmah membuat laporan di balai polis mengadu anak perempuannya tidak ada di rumah.


Beliau kemudian menghubungi anaknya itu dan bertanyakan berada di mana.

Nur Amirah Atirah beritahu ibunya dia mahu berjumpa dengan rakannya dan selepas itu gagal dihubungi lagi.

Kehilangan gadis keturunan Banjar itu menjadi viral di laman sosial terutamanya apabila Asmah memberitahu polis dia menerima panggilan telefon daripada anaknya kira-kira jam 7.30 malam Ahad mendakwa dia telah dilarikan dua lelaki tidak dikenali.

Polis juga mendedahkan bahawa rakaman perbualan telefon antara gadis itu dan kakak angkatnya yang viral dalam media sosial memberi gambaran dia diculik oleh dua lelaki india dan dilarikan dengan sebuah van putih juga tidak benar.

Ianya adalah rekaan cerita remaja perempuan tersebut semata-mata kerana beliau tidak mahu pulang ke rumah keluarganya dan ingin bersama teman lelakinya, pemuda cina tersebut.

Teman lelaki gadis tersebut dan lelaki bernama Nizam kini ditahan ditahan direman mulai hari ini untuk siasatan di bawah seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik atau melarikan remaja perempuan yang berumur kurang daripada 16 tahun, tanpa persetujuan atau keizinan penjaganya yang sah.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .