» » Bimbang Najib Razak akan naikkan kadar GST selepas ini dan cukai diperluaskan kepada lebih barang dan perkhidmatan


PAS bimbang Datuk Seri Najib Razak menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas perdana menteri semalam berkata cukai kepenggunaan itu menyelamatkan ekonomi negara dengan menampung hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib seolah-olah memberikan bayangan kadar GST bakal dilebarkan untuk meliputi lebih banyak jumlah barangan dan perkhidmatan.

"Ini termasuklah RON95 dan bayaran tol bagi terus menampung hasil negara memandangkan harga minyak sedunia dijangka mengambil masa yang lama untuk pulih?

"Perkara ini tidak mustahil. Atas alasan menyelamatkan negara, kini GST digelar sebagai penyelamat. Atas alasan menyelamatkan negara juga, kadar GST boleh dinaikkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada kadar GST dinaikkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya, melaksanakan nasihatnya kepada Kabinet sebelum ini agar bijak dan berhemah dalam membelanjakan peruntukan kerajaan.

"Tunjukkan kerajaan menjimatkan belanja dengan mengurangkan anggota Kabinet dan gaji sendiri.

"Kalau boleh dapat derma RM2.6 bilion, apa salahnya berhenti mengambil gaji selama setahun? Laksanakan konsep ketelusan dalam perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri untuk menunjukkan diri seorang kakitangan kerajaan yang hemah berbelanja," katanya.

Tuan Ibrahim berkata perdana menteri dan BN tidak boleh membebankan rakyat yang mengurangkan pendapatan belanja ketika keborosan dan ketirisan dalam pengurusan kewangan kerajaan terus berlaku.

"Bagi rakyat, GST ini bermaksud rakyat yang bayar dan berkorban. Susah sangatkah melihat PM dan ahli Kabinetnya turut berkorban dan menanggung kesusahan bersama rakyat?" soalnya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .