Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, sekiranya setiap individu takut akan Tuhan, beliau dan rakan-rakan dalam Kabinetnya tidak perlu berada dalam kerajaan.
Berucap pada program majlis minum petang Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya hari ini, Low berkata, mereka yang takut akan Tuhan akan berhati-hati dalam setiap urusan.
"Kita mesti takut akan Tuhan, bagi mereka yang percaya Tuhan itu ada. Bila kita percaya, kita akan berintegriti dan bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan," katanya.
Beliau mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak dapat menghadiri program tersebut yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Natal, hari ini.
"Jika kita takut akan Tuhan, sebenarnya, tidak perlu untuk saya berada dalam kerajaan," katanya.
Low berkata, melalui rasa takut kepada Tuhan, seseorang itu akan mengambil berat mengenai soal keadilan, tadbir urus yang baik, termasuk juga alam sekitar.
"Kita tidak akan salah guna kuasa yang dimanahkan kepada kita sebagai pemimpin," katanya.
Beliau berkata, peringatan itu turut diberikannya sebagai ingatan kepada rakan-rakannya dalam Kabinet dan di dalam pentadbiran kerajaan.
sumber
No comments: