» » Najib Razak seperti yang dijangka berjaya ketepikan saman Anina berhubung skandal RM2.6 bilion


Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan saman bekas ahli Umno, Anina Saaduddin yang mahu presiden parti itu menjelaskan tentang derma RM2.6 bilion diterimanya kepada ahli parti.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berkata, Anina tidak mempunyai "locus standi" kerana bukan lagi ahli Umno.

"Disebabkan itu, tindakannya adalah tidak mapan dan boleh dipertahankan," katanya.

Peguam Anina Mohamed Haniff Kahtri Abdullah berkata mereka akan merayu terhadap keputusan itu.

Mahkamah juga menganugerahkan RM5,000 setiap seorang sebagai kos ganti rugi kepada Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh yang turut terlibat dalam saman itu.

Zaki berkata, di bawah Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966, Anina boleh membawa suatu perkara ke mahkamah jika beliau adalah seorang pegawai umum atau memegang jawatan dalam Umno.

"Dia tidak berada pada kedua-dua kapasiti itu," katanya.

Hakim itu berkata Anina juga tidak boleh membawa tindakan derivatif bagi pihak ahli lain kerana dia sudah dipecat daripada Umno.

"Dia adalah seorang ahli ketika dia mengambil tindakan itu tetapi kini keahliannya dibatalkan. Dalam kata lain tindakan yang diambilnya juga gagal," katanya.

Hakim itu berkata, Anina juga tidak sepatutnya memulakan saman itu mengikut pertimbangan kepentingan awam.

"Saya dapati isu saman itu melibatkan urusan dalaman parti dan bukan satu perkara yang melibatkan kepentingan awam," kata Zaki.

Najib dalam permohonannya berkata saman itu patut dibatalkan kerana ia tidak menunjukkan sebarang alasan yang munasabah, bersifat skandal, remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Pada 28 Ogos lepas, Anina memfailkan saman terhadap Najib bagi mengetahui berkenaan wang yang didakwa diberikan kepadanya oleh seorang penderma dari Timur Tengah menjelang pilihan raya umum 2013.

Wang itu kini disimpan Najib dalam akaun peribadinya di bank Singapura.

Pada 18 September lalu, Anina juga memfailkan permohonan untuk membekukan aset Najib.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober lalu, Najib berjaya mendapatkan pengecualian daripada memfailkan pembelaannya sementara menunggu keputusan permohonannya untuk membatalkan saman Anina ini.

Najib dikritik berhubung cara beliau mengendalikan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad selaku menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat.

Beliau juga mendapat perhatian selepas dilaporkan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, sambil mengatakan beliau merupakan pemegang amanah bagi pihak Umno.

Ahli politik daripada kedua-dua belah pihak mengkritik Najib, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkali-kali menggesa supaya beliau meletak jawatan.

Sementara itu, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita keputusan tersebut adalah hadiah Tahun Baru kepada Najib dan parti.

"Seperti yang anda tahu, presiden (Najib) cukup kuat mempertahankan kritikan yang dilemparkan pengkritik semasa perhimpunan agung parti itu, dan kami berharap keputusan ini akan meringankan beban yang ditanggung," kata Hafarizam, yang juga penasihat undang-undang parti.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .