Perdebatan hangat mengenai penggunaan vape atau rokok elektronik akhirnya mencapai kemuncak apabila Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memfatwakannya sebagai haram, lapor Bernama malam ini.
Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin memaklumkan keputusan berkenaan pada satu sidang media khas di Sepang, Selangor sebentar tadi, lapor Bernama.
Johor menjadi negeri pertama mengharamkan vape apabila Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah aktiviti penjualan mahupun penggunaan rokok elektronik itu dihentikan berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.
Tindakan itu kemudiannya dikuti Kelantan yang memberikan notis 14 hari kepada pemilik mengosongkan premis perniagaan daripada kegiatan berkenaan sebelum penguatkuasaan berjalan pada Januari tahun hadapan.
Terbaru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengumumkan mengikut jejak langkah 2 negeri itu dengan tidak lagi mengeluarkan lesen kepada peniaga vape, sekali gus mengharamkan penjualan bahan alternatif kepada rokok itu.
sumber
No comments: