Harga minyak dunia merekodkan paras penyusutan baru dalam tempoh tujuh tahun selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran lebihan bekalan pada tahun depan lebih memburukkan keadaan.
Brent menjunam di bawah harga AS$39 setong buat kali pertama sejak Disember tahun 2008 selepas permintaan bagi bahan bakar itu semakin merosot.
Harga minyak Brent jatuh kepada AS$39.23. Pada tahun 2008, Brent menyusut sehingga ke paras AS$36.20 setong.
Manakala West Texas Intermediate (WTI) juga jatuh kepada AS$36.41 selepas merekodkan harga AS$36.12 setong, harga paling rendah sejak Februari 2009.
"Kami tidak nampak sokongan sehingga harga minyak capai paras rendah pada tahun 2008," kata Tamas Varga, penganalisis minyak dari PVM Associates.
Harga bahan api itu mula menyusut bulan ini selepas OPEC gagal untuk mengehadkan pengeluaran siling.
Pengeluar-pengeluar OPEC menghasilkan lebih banyak minyak pada bulan November berbanding bulan-bulan lains sejak akhir tahun 2008, kira-kira 31.7 juta tong sehari.
Menurut IEA, penggunaan minyak dijangka mencapai puncak pada suku ketika dan pertumbuhan permintaan mulai menurun kepada 1.2 juta tong sehari pada tahun 2016.
Selepas sekatan ke atas Iran ditarik baik, eksport minyak dijangka melonjak bakal meningkatkan lebihan bekalan dalam pasaran.
No comments: