Sejak bersaing di dalam Gegar Vaganza lagi, Farahdhiya Mohd Amin, 31, sudah mengalami masalah pada kotak suara hingga mengganggu lontaran vokalnya.
Selesai pertandingan tersebut dengan meraih tempat kedua di belakang Siti Nordiana, penyanyi dan pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini masih berhadapan masalah sama.
“Jadual kerja saya penuh dengan penggambaran drama dan undangan show di merata negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
“Selepas habis GV, tiada satu hari pun cuti rehat. Saya tidak mengeluh kerana semua ini adalah rezeki dan kepercayaan yang diberikan setelah kredibiliti kembali meyakinkan banyak pihak.
“Cuma, saya terpaksa ingkar arahan doktor yang meminta saya berehat sekurang-kurangnya lima hari agar masalah kotak suara segera pulih.
“Namun apa boleh buat, dalam keadaan sekarang saya terikat dengan komitmen kerja. Doktor beritahu saya hanya perlu berehat, dah tak perlu makan ubat antibiotik.
“Badan saya terlalu letih hingga beri kesan pada kotak suara. Saya hanya boleh berehat sehari saja pada Khamis ini iaitu sempena cuti Maulidur Rasul, selepas itu saya sambung kerja,” ujar Farahdhiya.
Ketika ini penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Bertakhta Di Hati, sedang berada di lokasi penggambaran drama bersiri 20 episod berjudul Bodyguard.
sumber
No comments: