Polis telah membebaskan seorang ahli DAP selepas menyelesaikan salah faham yang berlaku berhubung poster 'Mana RM2.6 bilion? yang ditemui dalam but keretanya.
Awal petang ini, kereta Ketua Dapsy) Raub, Low Weng Chew ditahan dalam pemeriksaan rambang di Taman Midah, Cheras ketika dia sedang memandu.
Apabila mereka meminta beliau membuka but keretanya, mereka menemui kira-kira 20 poster tersebut.
Selepas beberapa perbincangan, yang dibantu oleh Naib Pengerusi DAP Teresa Kok melalui telefon bimbit Low, polis meminta Low mengikut mereka ke ibu pejabat polis daerah, Cheras, dikatakan untuk membuat laporan polis dan menjalani ujian air kencing.
Low menyangka ia disebabkan oleh poster tersebut tetapi apabila tiba di balai polis itu, dia dibebaskan tanpa sebarang insiden lanjut selepas butiran dirinya diperiksa.
Ketua Polis Daerah Cheras Chong Kok Sin kata ia adalah satu salah faham.
"Ia hanya pemeriksaan biasa," katanya kepada pemberita di luar balai polis kemudiannya.
Beliau menjelaskan bahawa semasa pemeriksaan rambang, mereka akan membawa balik individu ke balai polis untuk memeriksa rekod mereka sekiranya mereka mereka dikehendaki berhubung dengan kes-kes lain.
Oleh itu, katanya, ia bukan perkara berkaitan dengan poster 'RM2.6 bilion'.
Katanya, apabila mereka mendapati Low tidak terlibat dalam sebarang kes, mereka membebaskannya.
Teresa Kok menerima penjelasan Chong, dan berkata apabila Low dibawa ke balai polis, mereka diberitahu tidak ada kes dan tidak ada kenyataan perlu diambil daripadanya.
"Kami pada mulanya berang kerana mereka kata mereka mahu melakukan ujian air kencing," katanya.
"Saya gembira OCPD ada di sini (untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.
No comments: