» » Spekulasi SPRM akan soal-siasat Jho Low berkaitan siasatan SRC International dan skandal 1MDB adalah palsu


Spekulasi bantuan diperlukan untuk menghubungi Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd adalah tidak berasas, kata jurucakap ahli perniagaan itu.

Dalam kenyataan satu perenggan kepada Bernama, jurucakap itu berkata: Pada Ogos 2015 SPRM meminta bantuan Low. Wakil Low dengan segera menghubungi SPRM dan terus sentiasa berhubung."

Semalam, Kementerian Dalam Negeri berkata polis tidak dapat mengesan di mana Jho Low berada.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) di Dewan Rakyat, kementerian berkata tiada siasatan dijalankan polis terhadap jutawan itu dan tiada permohonan daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol bagi mengesannya.

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri berkata Interpol Malaysia juga gagal mengesan di mana 4 orang lagi individu berada iaitu bekas pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan pengarah urusan Goldman Sachs Malaysia Datuk Yusof Annuar Yaacob.

Nik Faisal dan Low dikehendaki SPRM untuk membantu siasatan berkaitan SRC International manakala Tang dan Loo dikehendaki Bank Negara Malaysia untuk membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 berkaitan 1MDB.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .