» » Sikap prihatin Zul Ariffin bukti cintanya pada Zahirah Macwilson ?


MENERUSI laman Twitter milik pelakon Zul Ariffin, 29, semalam, memaklumkan pelakon baru Zahirah MacWilson,20, hampir diculik di sebuah pusat membeli-belah The Curve, Mutiara Damansara.

Bercakap tentang isu tersebut, Zahirah ketika dihubungi tidak mahu komen panjang dan mengatakan kes tersebut telah pun dilaporkan kepada pihak polis.

“Syukur, saya OK. Tidak ada apa-apa cedera yang teruk. Laporan telah pun dibuat dan saya serahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan. Saya harap kes ini berhenti ditanyakan,” jawab Zahirah menerusi pesana di WhatsApp.

Berita tentang Zahirah hampir diculik menjadi viral di laman sosial apabila Zul Ariffin memuat naik status tersebut malam semalam.

Secara tidak langsung status tersebut sedikit sebanyak menguatkan lagi spekulasi kononnya mereka sedang bercinta senyap-senyap. Sebelum ini dalam kenyataan kepada Mangga Online heroin drama Mencintaimu itu meminta persoalan cinta ditanyakan kepada Zul.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .