» » Pengambilan pelatih PLKN bermula 2016 dibuat secara sukarela


Kaedah pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 pada tahun depan diberi nafas baru dengan pengambilan dibuat secara sukarela, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini. 

Sehubungan itu, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mengenal pasti pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi ditawarkan mengikuti PLKN.

"Pelatih yang berminat boleh menawarkan diri melalui portal dalam talian JLKN ataupun melalui kaunter pameran PLKN di peringkat negeri," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangka seramai 20,000 pelatih dari seluruh negara akan menyertai PLKN 2.0 mulai Mac tahun depan.

Jumlah itu akan melibatkan sebanyak 81 buah kem PLKN, katanya kepada pemberita selepas meninjau perkembangan Projek Perintis Transformasi PLKN 2.0 di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang.

"Manakala dari segi modul latihan kementerian saya sudah bersiap-sedia dengan 8 modul baharu bagi melaksanakan PLKN 2.0," kata beliau.

"Berikutan itu, pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menjalinkan kerjasama dengan 10 kementerian dan mengenal pasti sebanyak 400 buah institut latihan kemahiran untuk menempatkan pelatih," katanya.

Katanya, langkah ini sekali gus mampu membantu pelatih untuk menceburi bidang pekerjaan dan laluan kerjaya setelah tamat latihan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata transformasi yang dilaksanakan melalui modul baharu PLKN ini mampu menyiapkan pelatih berdepan dengan cabaran masa depan.

Menurutnya, modul yang diperkenalkan meliputi aspek kemahiran vokasional.

Projek Perintis Transformasi PLKN 2.0 dilakukan di Kem Princess Haliza, Sepang di Sepang bermula 17 Oktober lepas dan akan berakhir pada 15 Disember depan.

Ia melibatkan 469 pelatih yang terdiri daripada 316 lelaki dan 153 perempuan

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .