» » Menara KL diwarnai bendera Perancis demi mengenang mangsa yang terkorban dalam keganasan Paris 13 November 2015


Menara Kuala Lumpur memancarkan warna bendera Perancis malam tadi sebagai tanda solidariti susulan serangan pengganas di kota Paris pada Jumaat malam.

"Sebagai menunjukkan tanda ambil berat dan sokongan kepada Perancis, Menara Kuala Lumpur menyalakan warna merah, biru dan putih untuk satu minit setiap jam.

"Ia akan berterusan (dipancarkan) dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi," tulis pihak pengurusan dalam laman Facebook rasminya.

Dilaporkan tindakan solidariti yang sama turut dilaksanakan di seluruh dunia.

Agensi berita dpa melaporkan beberapa mercu tanda di London turut diwarnai dengan merah, putih dan biru sabagai tanda solidariti kepada Perancis petang semalam.

Antaranya dipancarkan warna tersebut ialah di London Eye, Tower Bridge, Stadium Wembley dan Galeri Nasional.

Manakala bendera Perancis dan Britain dinaikkan separuh tiang di kediaman Perdana Menteri David Cameron.

Agensi berita CNN pula melaporkan warna bendera Perancis itu turut menghiasi Sydney Opera House di Australia, dan beberapa tempat di Amerika Syarikat, Toronto, Canada dan ditempat lain di seluruh dunia.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .