» » Kit Kat bersalut emas dijual di Jepun


Kit Kat dengan salutan 'emas' untuk stok terhad akan mula dijual di kedai-kedai terpilih di Jepun pada bulan ini.

Coklat itu dijangka dijual pada harga AS$23 (RM98).

Tidak seperti buku popular kanak-kanak "Charlie and the Chocolate Factory", Kit Kat itu akan dibuat sebanyak 500 keping dan hanya dijual di Jepun, menurut Nestle Jepun.

Kit Kat diperkenalkan di Jepun sejak tahun 1973 menawarkan 200 perasa termasuk strawberi dan teh hijau, juga wasabi.


Jurucakap Nestle Jepun, Melanie Kohli berkata, Jepun adalah pasaran unik bagi Kit Kat kerana para pelanggan mahu membeli produk baru sepanjang masa.

Katanya, produk terhad Kit Kat bersalut 'emas' atau "Sublime Gold' ditawarkan satu bar yang disaluti dengan dalam daun emas dan digambarkan sebagai coklat mewah dan rasa coklat pahit.

Ia akan dijual di butik coklat di Jepun.

"Kit Kat ini adalah produk mewah yang hanya muncul pada musim cuti, untuk meraikan akhir tahun," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .