» » Jangan cari penyakit sebab ubat akan jadi lebih mahal gara-gara GST dan TPPA selepas ini


"Jangan cari penyakit kalau tak mahu bayar (harga) ubat mahal! Adakah (ubat) yang selalu kita amalkan (makan) boleh sembuhkan kita dari sakit? Berapa orang yang makan ubat darah tinggi, ubat kencing manis dan terus pulih dari sakit?".

Demikian kata Ahli Parlimen Bagai Serai, Dr Noor Azmi Ghazali ketika mengulas mengenai harga ubat-ubatan yang meningkat selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) dikenakan sejak April tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul Rang Undang-undang Kewangan 2015 pada sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Kata Noor Azmi, rakyat di negara ini harus mengamalkan gaya hidup sihat bagi menghindari sebarang penyakit yang memerlukan penggunaan dan rawatan ubat-ubatan yang tinggi.

Selain itu, beliau turut menyarankan masyarakat negara ini mengimbangi diet dengan mengambil makanan seimbang bagi mengelakkan sebarang penyakit.

Katanya lagi, masyarakat negara ini tidak perlu membayar harga ubat-ubatan yang tinggi sekiranya rakyat terus hidup dengan aman dan sejahtera.

"Kita makan (ubat) sebab kita sakit. Tetapi berapa ramai yang mampu bertahan dengan ubat-ubatan? Ini semua mampu kita elakkan sekiranya kita menghindari amalan-amalan yang membawa kepada penyakit ini," katanya lagi.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .