» » Besan Najib Razak ugut pekedai selepas didakwa mencuri 12 beg jenama Hermes bernilai RM1.7 juta


Besan kepada Datuk Seri Najib Razak, Maira Nazarbayeva, dilapor menggunakan nama perdana menteri selepas dituduh mengambil sedozen beg tangan berjenama Hermes bernilai AS$400,000 (RM1.7 juta) tanpa membayar.

The New York Post semalam melaporkan Maira, yang pernah dituduh menipu beberapa tahun lalu, membuat tempahan beberapa beg daripada perniagaan daerah kewangan di Samilor pada 2014 dan 2015 tetapi tidak pernah membayarnya.

Memetik saman persekutuan Manhattan, akhbar itu berkata, Maira didakwa mengugut mencederakan presiden Samilor, Bella Belkin, dan keluarganya.

"Anda kenal siapa anak saya! Dia menantu perdana menteri Malaysia!" Maira dilaporkan sebagai berkata.

"Saya akan cederakan anda dan keluarga anda jika anda menyaman saya!" kata Maira yang berkahwin dengan hartawan Bolat Nazarbayev, abang kepada presiden Kazakhstan.

Anaknya, Daniyar Nazarbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

Ini bukan kali pertama Maira dan anaknya mendapat perhatian.

Pada 2012, mereka dituduh menipu Bolat berhubung sebuah kondominium bernilai AS$20 juta di Wall Street.

Maira menafikan tuduhan itu, mengatakan laporan itu timbul kerana "masalah peribadi keluarga" yang "dimanipulasi dan dieksploitasi pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik".

Pada tahun yang sama, The New York Post melaporkan perkahwinan Maira dan Bolat dibatalkan selepas Bolat mendapat tahu isterinya didakwa dikehendaki Interpol kerana pelbagai jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.

Bagaimanapun, Maira menegaskan perkahwinannya masih kekal.

Dalam kes berasingan, Daniyar juga dituduh menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .