Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama hari ini beliau tidak boleh mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia tetapi pada masa sama menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Malaysia.
Dalam surat terbuka kepada Obama yang bertemu badan bukan kerajaan (NGO) dalam mesyuarat tertutup awal hari ini, Bersih 2.0 menggariskan dakwaan terhadap Najib, menuduhnya memperlekehkan pilihan raya dan mekanisme Parlimen untuk mempertahan “pemerintahan rasuahnya”, menggunakan kad kaum dan agama dan membungkam pengkritik.
“Pemerintah AS tidak boleh dan tidak perlu menjadi terlalu sinis apabila berdakwah tentang demokrasi dan hak asasi manusia dan pada masa sama menyokong pemimpin autokratik seperti Najib hanya kerana kepentingan ekonomi dan geopolitik.
“Hipokrasi seperti ini bukan sahaja menjejaskan autoriti moral AS dalam hal ehwal dunia, tetapi menjejaskan demokrasi dan hak asasi manusia dan menyumbang kepada ketidakstabilan politik kepada negara diperintah dengan secara kuku besi dan dunia secara keseluruhannya,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Bersih 2.0 berkata, kerajaan Malaysia menindas hak rakyat yang berbeza pendapat dengan menyasarkan pemimpin pembangkang dan pemimpin NGO dengan menggunakan Akta Hasutan 1948, yang melanggar Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan juga Perlembagaan Persekutuan.
Najib juga dikatakan melakukan "jenayah" untuk mengelakkan daripada undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Hasil pilihan raya juga didalangi "penggunaan dana yang tidak terkawal" daripada "orang asing yang meragukan" atau syarikat berkaitan kerajaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka, kata Bersih 2.0.
Sementara itu, siasatan ke atas dana AS$700 juta Najib menjadi lumpuh apabila dia menggantikan Peguam Negara, penggubal undang-undang dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dipilih, dan pegawai-pegawai penyiasat diganggu, kata Bersih 2.0.
Reformasi pilihan raya juga terhenti dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya membenarkan parti pemerintah untuk memenangi pilihan raya umum 2013 dengan hanya 47 % undi popular.
"Ia secara berkesan di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara terang-terangan melanggar syarat-syarat perlembagaan pada persempadanan semula dan baru sahaja memenangi keputusan Mahkamah Persekutuan melemahkan keupayaan orang ramai meneliti dan campur tangan dalam proses persempadanan semula.
"Pembaharuan juga tidak ada dalam aspek-aspek lain seperti membersihkan daftar pemilih, pengembangan pengundian tidak hadir, peluang sama rata dalam kempen," kata Bersih 2.0.
Badan itu turut membidas tindakan perdana menteri yang memainkan sentimen kaum, termasuk etnik, agama dan golongan minoriti seksual.
Rakyat bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan nama Allah, sementara perhimpunan Bersih 4 yang menuntut pentadbiran yang telus dilabel sebagai perhimpunan kaum Cina menentang Melayu.
"Sejak lawatan terakhir Presiden Obama pada bulan April 2014 , iklim politik di negara ini tidak berkembang dengan ketara.
"Malah, penindasan hak sivil dan politik sudah menjadi lumrah hari ini," kata Bersih 2.0.
sumber

No comments: