» » SOSMA lebih bahaya kerana ia disalahgunakan oleh Najib Razak bagi yang mengkritik beliau

 

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kebimbangan berdepan pemerintahan zalim Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan beberapa tindakan tegas terhadap pengkritiknya.

Bekas perdana menteri paling lama itu takut akan dipanggil polis dan ditahan kerana sering lantang membidas Najib yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

"Saya pun takut, kalau saya kena panggil takut juga disimpan, berpeluh nanti.

"Belum kata apa pun kita dah lari, pemerintahan Najib ini cukup zalim," kata Dr Mahathir semasa sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa anjuran Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka di Hotel De Palma, Ampang hari ini.

Dr Mahathir mempersoalkan tindakan yang diambil ke atas pegawai dalam pasukan khas menyiasat 1MDB yang kini dibubar dan ditakut-takutkan dalam menjalan tugas mereka menyiasat syarikat bermasalah itu.

"Pegawai-pegawai yang sedang memeriksa sama ada duit RM2.6 bilion yang diterima olehnya kerana derma atau melalui sumber lain, tak pernah dibuat orang, orang yang selidik itu dipecat dan yang lain dinaikkan pangkat.

"Yang lain ditakutkan nanti kena tangkap, perbuatan dia (Najib) berlawanan dengan undang-undang," katanya.

Lebih menakutkan lagi Dr Mahathir ialah apabila seseorang tidak lagi boleh bercakap benar, mengambil contoh tangkapan bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) baru-baru ini.

"Saya baca sebab Khairuddin kena tangkap atas tuduhan sabotaj dan kalau didapati bersalah beliau akan masuk jel seumur hidup.

"Kalau saya masuk jel tidak apa sebab tidak lama dah, tapi dia masih muda. Bila kita cerita pasal ini, kita akan rasa takut.

"Kita sekarang berada dalam zaman menakutkan," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menyifatkan perkara tersebut sebagai biasa dalam perjuangan kerana ia mempunyai risiko yang tinggi.

"Kita mesti berani, tapi setiapnya mesti ada risiko," katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, ramai ahli Umno perlu tampil ke depan untuk menyatakan pendirian supaya sudah tiba masanya untuk Najib berundur dan tidak bergantung semata-mata kepada dirinya.

"Saya terang kata, Najib perlu diturunkan, tapi kalau saya seorang kata, tak jadi apa-apa.

"Kita kena berani, kalau ada pemimpin kurang kepercayaan kita kena ambil tindakan beritahu kepada dia, dia harus pergi," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .