Pemimpin DAP Tony Pua hari ini mempertahankan tindakannya mengulangi semula dakwaan berhubung minit mesyuarat lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sepertimana pendedahan Sarawak Report sebelum itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mengakui mengulangi kenyataannya seperti dikritik 1MDB, tetapi berkata, pengulangannya disusuli dengan bukti, tidak seperti kenyataan syarikat pelaburan negara sarat hutang itu.
"Benar, saya mengulangi semula dakwaan lama saya, tapi kali ini disertai dengan bukti tambahan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.
"Berbeza dengan 1MDB, mereka selalu mengulangi kenyataan penafian mengenai dakwaan yang dilemparkan, namun tidak pernah menyertakan dengan bukti," kata anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu pada sidang media di lobi Parlimen.
sumber
No comments: