» » Polis nafikan yang FBI sedang siasat skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu menafikan dakwaan kononnya pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan ke atas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menerima sebarang pemakluman berhubung dakwaan siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI.

"Saya merujuk kepada beberapa artikel yang disebarkan di dalam media sosial yang mendakwa pihak FBI telah memulakan siasatan ke atas 1MDB dan perdana menteri.

"Agensi terbabit juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama," tegasnya dalam satu kenyataan malam Sabtu.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara berkenaan supaya berhubung terus dengan pihak FBI di Washington dan tidak merujuk kepada laporan media semata-mata.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .