» » Matthias Chang akhiri mogok lapar dan Percaya Allah lindunginya


Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang yang ditahan polis mengakhiri mogok laparnya semalam apabila tiada pemimpin Umno menyahut cabarannya.

Chang yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 melengkapkan mogok laparnya selama 7 hari sejak ditahan 8 Oktober lalu.

"Oleh kerana tiada mereka yang dinamakan (menyahut cabaran saya) dan saya terselamat dalam mogok lapar selama 7 hari dan tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius kepada kesihatan saya, ini adalah bukti Allah melindungi saya.

"Dalam keadaan ini, saya sudah menunjukkan keadilan dalam perjuangan saya – keadilan, kebenaran dan kehormatan dan Najib gagal berbuat demikian. Oleh itu, saya tidak akan meneruskan mogok lapar," kata beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan di blognya, futurefastforward.com.

Chang sebelum ini menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, serta beberapa pemimpin Umno lain serta mencabar mereka dalam mogok laparnya.

Chang, seorang peguam ditahan sewaktu mengunjungi anak guamnya, bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di Ibu Pejabat Polis Dang Daerah Wangi di Kuala Lumpur pada 8 Oktober lalu.

Beliau ketika ini ditahan sementara di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu pendakwaan atas tuduhan "sabotaj ekonomi" negara.

Chang memulakan mogok lapar sebagai protes kepada pentadbiran Najib selepas ditahan polis pada 8 Oktober.

"Pada hari yang penuh keaiban dan sikap pengecut pada rejim Najib dan kroninya, saya dengan ini mengisytiharkan saya memulakan mogok lapar demi menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia pemimpin Umno yang dipimpin Najib adalah pengecut dan tidak boleh dipercayai," katanya.

Chang berkata, beliau sebenarnya sudah bersedia sebanyak 2 kali bagi ditahan sebelum ini iaitu sewaktu dipanggil memberi keterangan "sebagai saksi" dalam kes anak guamnya, Khairuddin pada 28 September dan 2 Oktober, 2015.

Beliau berkata, pengalamannya dipenjarakan di Malaysia dan Israel menjadikan beliau cukup masak dengan permainan minda tahap keanak-anakan mereka yang ingin melemahkan semangat suspek.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .