» » Malaysia ialah negara yang ada undang-undang tapi tiada peraturan semata-mata untuk lindungi Najib Razak yang korup


Malaysia menjadi negara mempunyai undang-undang secara rasmi tetapi dalam keadaan tidak mempunyai peraturan yang boleh meyakinkan rakyat dan orang asing. 

Rakyat dan negara asing makin hari makin runsing dan keliru tentang apa yang sedang berlaku.

Sebuah negara yang sepatutnya mencapai tahap negara maju dalam masa 5 tahun lagi berbagai misteri pembunuhan berprofil tinggi yang kontroversi dan kejam tidak diselesaikan sepenuhnya seperti kes Altantuya dan Kevin Morais. 

Kes-kes perkauman yang penuh kontroversi seperti Perkasa dan Pasukan Baju Merah dibiarkan begitu saja.

Kehilangan dan kerugian wang negara hampir RM42 Billion melalui isu berkaitan dengan I Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak nampak penghujung penyelesaiannya. 

Pegawai kerajaan dan mereka yang menyiasat diambil tindakan ditukar dan diberhentikan. 

Contohnya, Peguam Negara, Abdul Ghani Petail, Pegawai “Special Branch” dan Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah. 

Dunia hairan dan hilang kepercayaan ini semua boleh berlaku.

Baru-baru ini, Majlis Raja-raja Melayu telah mengeluarkan kenyataan rasmi menggesa Kerajaan menyelesaikan masalah negara terutamanya berkait dengan isu 1MDB. 

Kenyataan ini tidak pernah di keluarkan olah Raja-raja sebelum ini.

Ini menunjukkan betapa terdesaknya keadaan hari ini, walaupun saya bersetuju pihak Raja-raja dan Eksekutif perlu menghormati bidang kuasa mereka mengikut Perlembagaan Negara tetapi oleh kerana situasi sangat kronik perkara luar biasa boleh berlaku.

Keadaan terdesak memerlukan tindakan luar biasa. 

Apa yang anehnya di hari ke-2 di Mesyuarat Raja-raja selepas pengumuman tersebut dibuat, Datuk Seri Najib Razak tidak menghadiri mesyuarat itu seperti kebiasaan patut berlaku. 

Ini adalah amat luar biasa.

Pihak kerajaan dan media perdana pula tidak memberi reaksi atau sambutan sepatutnya kepada kenyataan Mesyuarat Raja-raja itu.

Pihak kerajaan buat tidak endah dan buat tidak tahu sahaja kenyataan tersebut tanda tidak hormat.

Kenyataan Gabenor Bank Negara tentang kesalahan 1MDB juga tidak diambil perhatian dengan tindakan badan pencegah rasuah.


Apabila pihak kerajaan tidak menghormati satu sama lain, bagaimana rakyat biasa di bawah hendak menunjukkan hormat dan mengikut arahan 

Kerajaan pula? 

Di sinilah mulanya bibit kekacauan yang akan melanda negara.

“Ulter breakdown of Law and Order “ – kemusnahan sistem perundangan dan peraturan negara. 

Contohnya yang tidak baik, pihak atasan kerajaan akan mengundang situasi kucar kacir dalam negara 

Dalam keadaan ekonomi dan mata wang yang lemah mengundang mala petaka.

Setelah melalui itu semua, untuk mengembalikan kepercayaan awam kepada kerajaan, saya menggesa kerajaan mencadangkan penubuhan segera Suruhanjaya Di Raja menyiasat kes 1MDB.
Ini adalah kesinambungan gesaan Majlis Raja-raja Melayu baru-baru ini untuk menyelesaikan isu 1MDB. 

Sikap Datuk Seri Najib dan kerajaan yang tidak mengendahkan saranan Majlis Raja-raja patut diambil berat. 

Raja adalah harapan rakyat hari ini.

Jika sesuatu tidak dilakukan situasi kucar kacir diantara Peguam Negara dengan Bank Negara, 1MDB dengan SPRM, orang awam yang mencabar kewibawaan Gabenor Bank Negara yang di hormati dunia antarabangsa akan berlarutan.

Tindakan Peguam Negara baru-baru ini menyangkal kenyataan Gabenor Bank Negara dan isu 1MDB dengan memanggil sidang akhbar dan tidak mahu menjawab soalan daripada media amat mengejutkan.

Berbagai badan siasatan 1MDB lain telah di tutup oleh Dato Seri Najib atas berbagai alasan

Sebelum wang Malaysia jatuh makin rendah dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) pula ditandatangani, sesuatu mesti di lakukan sebelum terlambat.

Kita ada undang-undang tetapi tidak ada peraturan “law with no order”. 

Kita ada kerajaan dan Parlimen yang tidak mempunyai tulang belakang untuk berani bertindak. 

Sebelum hilang segala kewibaan dan negara – bertindaklah Malaysia sebelum terlambat.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .