Pakatan Harapan menyokong jika khidmat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) disambung 2 tahun lagi bagi membantu memulihkan ringgit.
Sokongan tersebut digariskan dalam Belanjawan Alternatif 2016 Pakatan Harapan yang menegaskan pengekalan Zeti dapat memulihkan keyakinan pasaran dan menghentikan kejatuhan nilai ringgit.
"Pakatan Harapan percaya kejatuhan nilai ringgit dan inflasi harus ditangani dengan segera.
"Melihatkan keadaan sekarang yang luar biasa kami yakin pimpinan stabil akan menjadi aset dalam menghadapi krisis mendatang," kata Pakatan Harapan dalam buku Belanjawan Alternatif 2016.
sumber
No comments: