» » Kadar pengangguran 400 ribu di Malaysia tidak membimbangkan dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat


Kadar pengangguran di negara ini belum dikategorikan sebagai membimbangkan memandangkan peratusannya masih rendah berbanding beberapa negara lain.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kadar pengangguran ketika ini berada pada tahap 3.1 peratus atau 400,000 penganggur daripada 14.2 juta rakyat yang mempunyai pekerjaan tetap.

“Kerajaan kini sedang mencari jalan penyelesaian untuk menurunkan kadar peratusan pengangguran di Malaysia.

“Antaranya termasuk membantu mencari peluang-peluang kerja kepada mereka mengikut sektor yang bersesuaian termasuk dalam kalangan individu yang hilang upaya dari segi fizikal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pekerjaan anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini hari ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .