» » JKMR telah tunggu lebih dari 3 tahun untuk tambah baik undang-undang Anti-Rasuah di Malaysia


Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) mahu kerajaan melaksanakan kesemua syor yang pernah dikemukakan demi memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mewujudkan persekitaran bebas rasuah.

JKMR berpandangan meskipun beberapa syor dikemukakan untuk penambahbaikan undang-undang pencegahan rasuah, sehingga kini ia masih belum dibawa ke parlimen dan dilaksanakan.

“Ini tahun ketiga saya menjadi pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah... kami telah mencadangkan perubahan-perubahan ke atas Akta SPRM 2009 bagi membawa penambahbaikan demi memperkukuhkan SPRM.

“Tetapi sehingga kini belum ada pembentangan di Parlimen,”
kata Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika berucap pada majlis Penyerahan Laporan Tahunan SPRM dan Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah 2014 di Bangunan Parlimen hari ini.

JKMR salah satu daripada lima panel bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Beliau juga berkata belum pasti sama ada perubahan itu akan dibawa ke parlimen pada sesi baru yang akan bermula pada Isnin depan.

Bagaimanapun, akta Abu Zahar lagi, beliau harap ia akan dilaksana sebelum penggalnya sebagai anggota Dewan Negara berakhir pada April tahun depan.

Antara perkara yang pernah disyorkan ialah pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah Malaysia, aspek pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Perlembagaan Persekutuan, pindaan dua seksyen dalam Akta SPRM 2009, serta mewujudkan peruntukan liabiliti korporat dan salah laku penjawat awam.

Pada masa yang sama, Abu Zahar berharap SPRM akan terus bertindak dengan bebas, telus dan profesional sebagaimana diperuntukkan oleh Akta SPRM 2009.

“Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah memberi penjelasan mengenai isu semasa kepada saya dan ahli JKMR. Saya telah meminta beliau supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bebas dan profesional.

“Kita perlu ikut undang-undang, kita perlu praktikal, serius dan tanpa membuat andaian-andaian awal yang tidak berasas.

“Bagaimanapun jika siasatan SPRM mendapati ada pihak yang melakukan kesalahan, kita tidak boleh berkompromi. JKMR akan menyokong tindakan-tindakan yang diambil oleh SPRM,” katanya lagi.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .