» » Jarak nampak kurang daripada 5km dijangka berterusan hingga Sabtu 3 Oktober 2015


Ketampakan rendah kurang 5km di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu.

Keadaan ini berbahaya kepada kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Keadaan sama turut berlaku di perairan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Kuching dan Reef South dan diramal berterusan sehingga Sabtu.

Perairan berkenaan termasuk dalam 19 kawasan yang dilanda jerebu di negara ini setakat 9 pagi dengan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 101.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .