» » Cukai pendapatan dinaikkan antara 1% hingga 3% bagi tahun 2016


Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin yang berpendapatan bercukai RM600,001 hingga RM1 juta dinaikkan 1% kepada 26%, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau berkata kadar cukai bagi pendapatan melebihi RM1 juta pula dinaikkan 3% kepada 28%.

Kedua-dua kadar baharu itu berkuat kuasa tahun taksiran 2016, kata Najib yang juga menteri kewangan, semasa membentangkan Bajet 2016, di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Kadar tetap cukai pendapatan individu bukan pemastautin pula dinaikkan 3% kepada 28%.

Najib berkata langkah itu bertujuan memantapkan struktur cukai pendapatan individu agar lebih progresif.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .