» » 1MDB terlepas lagi tarikh akhir hantar akaun mereka untuk diaudit


1Malaysia Development Berhad (1MDB) diberikan lanjutan masa 6 bulan untuk memfailkan kewangannya oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kata presiden dan pengarah eksekutif syarikat pelaburan strategik itu, Arul Kanda Kandasamy kepada The Edge Financial Daily.

Dua anak syarikat 1MDB - Edra Global Energy Bhd and 1MDB Real Estate Sdn Bhd juga memohon lanjutan sehingga sebulan untuk memfailkan akaun tahunan sudah diaudit masing-masing, kata Arul Kanda.

Tarikh akhir untuk 3 syarikat itu memfailkan akaun yang sudah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015 ialah pada 30 September.

Dalam kes 1MDB, kelewatan itu disebabkan syarikat berkenaan tidak mempunyai pegangan terhadap dokumen utama dalam akaun kewangan selepas ia dirampas dalam serbuan pada Julai tahun ini oleh polis dan pasukan petugas khas.

Pasukan petugas khas itu merangkumi Bank Negara Malaysia, peguam negara, ketua polis negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyiasat dakwaan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kelewatan itu tidak dapat dielakkan,” kata Arul Kanda.

Juruauditnya, Deloitte meminta set dokumen asal untuk memuktamadkan akaun tetapi 1MDB tidak memiliki dokumen serta akaun berkenaan selepas serbuan itu, katanya ketika dihubungi.

Akaun Edra Global dan 1MDB Real Estate sudah siap untuk dihantar, tetapi berikutan beberapa tuduhan membabitkan syarikat sarat hutang itu, Deloitte mengambil langkah berjaga-jaga dan minta penjelasan lanjut.

Arul Kanda menegaskan:”Akaun itu sudah siap, kita cuma perlu sediakan dokumen tambahan.”

1MDB menjadi perhatian ramai apabila hutangnya mencecah RM42 bilion dalam tempoh 6 tahun beroperasi, terlebih bayar untuk aset, kos pinjaman tinggi dan aliran tunai dan pembayaran semula hutang yang tidak selari.

Bagi penyata kewangannya berakhir 31 Mac, 2014, 1MDB menanggung kerugian lepas cukai RM665.36 juta daripada hasil RM4.26 bilion.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .