» » Ziana Zain enggan dedah aktiviti keluarga di laman sosial


Penyanyi Ziana Zain mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kehidupan hariannya bersama keluarga kepada umum di laman sosial.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, berkata, ia sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Sebagai seorang selebriti, peminat mahu tahu semua perkara menerusi laman sosial yang kita ada.

"Tetapi hal-hal berkaitan di rumah dan keluarga, saya tidak akan masukkan di mana-mana media sosial kerana ia adalah peribadi.

"Saya juga mahu mengambil langkah berjaga-jaga mengenai keselamatan keluarga dan anak-anak. Tetapi sekali sekala, seperti sambutan raya, ada juga saya muat naik gambar keluarga dalam Instagram," katanya .

Ziana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan perlantikannya sebagai duta produk Agetech di Hotel Istana di sini pada Selasa.

Selain Ziana, adiknya juga iaitu Anuar Zain mengambil pendekatan serupa untuk tidak mendedahkan aktiviti harian di laman sosial.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .