Seorang wanita yang ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di sebuah rumah di Tunjang di sini, kerana disyaki berkhalwat tiba-tiba pengsan sejurus tiba di Balai Polis Jitra untuk proses membuat laporan, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, wanita berusia 24 tahun terbabit dipercayai takut sehingga tidak sedarkan diri dalam van PADKP.
Berikutan itu, anggota penguat kuasa PADKP terpaksa berpatah balik ke Hospital Jitra untuk membawa wanita terbabit mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba tersedar sebaik berada di hospital itu sebelum dibawa semula ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan bersama pasangannya berusia 24 tahun.
Difahamkan, wanita itu pernah mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan dia pengsan sekiranya takut.
No comments: