» » Udara tak sihat di Sarawak dan Johor di pagi 11 September 2015


Lima kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat membabitkan tiga kawasan di Sarawak dan dua di Johor setakat 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, lima kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat pagi ini ialah Samarahan (177), Kuching (165), Sri Aman (164), Larkin Lama (111) dan Pasir Gudang (127), lapor Bernama.

Bacaan IPU bagi tiga kawasan di Sarawak itu mencatat peningkatan berbanding petang semalam iaitu Samarahan (167), Sri Aman (154), dan Kuching (146).

Sementara itu, sebanyak 33 lokasi lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU di Kuala Lumpur berada pada tahap sederhana, sekitar 63 dan 76.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Singapura baik sedikit

Sementara itu, Bernama juga melaporkan keadaan jerebu di Singapura bertambah baik sedikit pagi ini walaupun masih pada tahap tidak sihat.

Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), keadaan bertambah baik adalah disebabkan perubahan arah angin yang bertiup ke tenggara.

Pada 8 pagi, indeks standard pencemaran (PSI) mencatat bacaan 152-176.

Bacaan PSI melebihi 100 menunjukkan kualiti udara tidak sihat.

Angin tenggara diramal kekal hari ini dengan keadaan jerebu dijangka berterusan.

Namun NEA berkata oleh kerana jerebu masih berlaku di Sumatera, kemungkinan keadaan berjerebu mungkin merosot lewat tengah hari sekiranya angin berubah arah.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .